Jambatan tergantung unik membantu binatang kecil melintas jalan elak dilanggar kenderaan pelanconhg dibina di negeri bergunung ganang, Uttarakhand, India.

UTTARAKHAND – Agensi yang menjaga kawasan perhutanan di India telah membina jambatan gantung unik untuk membantu haiwan reptilia dan binatang bersaiz kecil melintas jalan yang sibuk di negeri Uttarakhand.

Uttarakhand merupakan negeri tarikan pelancong yang kaya dengan alam semulajadi.

Kebanyakan binatang bersaiz kecil yang melintas jalan raya sibuk sebelum itu sering terlibat dalam kemalangan.

Bagi mengelak risiko itu pasukan perhutanan negeri itu tampil dengan idea unik iaitu telah membina jambatan gantung yang diperbuat daripada buluh dan rumput.

Jambatan gantung setinggi 27 meter itu dikenali Eco Bridge bertujuan menyelamatkan binatang bersaiz kecil seperti ular, biawak, harimau, tupai dan singa daripada dilanggar kenderaan.

Kawasan perhutanan tebal yang bergunung ganang itu menjadi habitat dan kawasan pengembaraan binatang hutan tersebut dan terdedah risiko kemalangan kenderaan pelancong.

“Jika gajah, harimau kumbang, rusa boleh dikesan kehadiran daripada jauh dan kenderaan boleh diperlahankan untuk memberi laluan kepada binatang bersaiz besar melintas jalan sibuk tetapi bukan bagi binatang bersaiz kecil.

“Kami berharap jambatan gantung ini membantu membawa kesedaran dan menarik binatang kecil menggunakannya,” kata jurucakap pegawai perhutanan di negeri itu.

Kamera litar tertutup telah dipasang di kedua-dua bahagian jambatan gantung itu untuk memantau pergerakan binatang.-MalaysiaGazette