Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal tahun ini.

Prinsip itu menjadi pegangan parti Bersatu dengan matlamat demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Justeru, apabila berlaku usul undi percaya kepada Menteri Besar Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, kepimpinan Bersatu rasa kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Usul Kenyataan Majoriti Ahli Dewan terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan (PH) Perak.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong usul itu.

Katanya, 10 ADUN itu ialah empat Bersatu, tiga dari Pas, dua ADUN Bebas dan seorang dari UMNO.

Katanya, salah seorang ADUN Bebas yang menyokong Ahmad Faizal ialah ADUN Buntong, Sivasubramaniam yang mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

“Bersatu merakamkan ucapan terima kasih kepada Parti Gerakan kerana bersama mempertahankan kepimpinan Menteri Besar Perak dalam pengundian usul tersebut semalam. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. parti bersampah ada prinsip ke??
    kalau betul ada prinsip,knp berkerjasama dgn parti yg kau tuduh,hina dan maki macam2??
    sbb nak kekal bekuasa??
    si saka tua puaka mmg hebat menipu,berganding pulak dgn bapak ko si gila kuasa,
    xpe,selagi mana boleh pedajal org,buatlah,
    tp jgn lupa,ada yg maha hebat sentiasa memerhati,

Comments are closed.