Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan DAP Perak agar tidak berlebih-lebihan dalam desakannya sehingga mahu pentadbiran kerajaan negeri ditukar keseluruhannya.

Katanya, pembangkang sudah dapat apa yang mereka mahukan, tetapi jangan pula sampai berlebih-lebihan.

“Saya nasihatkan kepada pembangkang (DAP), kamu sudah dapat apa yang kamu mahu.

“Tak payah nak sampai tahap hentikan pentadbiran kerajaan negeri untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

“Operasi, urusan pentadbiran mesti diteruskan,” katanya kepada media di Ipoh, hari ini.

Ditanya berhubung kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mahu anggota Exco kerajaan negeri dikekalkan, Menteri Besar itu berkata, setiap parti mempunyai pelbagai kehendak dan keperluan.

Bagi kehendak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mereka mahukan seberapa banyak jawatan dalam parti.

“Begitu juga dengan Pas dan UMNO, tetapi apa keperluan bagi kita ialah tubuhkan sesuatu kerajaan yang stabil.

“Maka untuk menjayakan matlamat itu, kadang-kadang kita perlu berkorban untuk bekerjasama dalam sesebuah kerajaan yang stabil.

“Jadi, benarlah itu kehendak UMNO, tetapi apakah itu satu keperluan yang mendesak sehingga sanggup menggadaikan apa juga prinsip kemuafakatan yang telah kita bina melalui Perikatan Nasional (PN)? Tepuk dada tanya diri sendiri,” soalnya.

Ditanya adakah Bersatu Perak akan menyokong kerajaan baharu, beliau yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, apa juga keputusan yang dibuat ia akan ditentukan secara konsesus. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. BEnak lagi rupanya… Yg cadang Umno yg undi tolk pon umno.. Dap yg dipersalahkan… Padan muka kena khianat kena tendang

  2. dah patut lah tu. bersatu pernah khianat pada ph. kenapa salahkan dap. tidak salahkan diri sendiri. patut melayu islam selalu berfikir jalan kembali. baik balas baik jahat dibalas jahat. mana ada islam kalau tak nampak kuasa tuhan.

  3. umno dah xada pendirian.hujah ape umno boleh cakap?umno da jadi pengkhianat. Islam ape yang diperjuangkan kalau khianat org Islam sendiri?nak jatuhkan kalau org tu merosakkan Islam.tapi umno skrg nk bg hujah ape? rakyat yang undi umno dari dulu pun masih lagi ditakuk lama. Islam makin kuat ke semenjak umno pegang pemerintahan?arak boleh,judi boleh, jual tanah boleh. tapi rakyat?subsidi ditarik masa zaman najib. lagi2 nelayan. pekerja MAS kene berhenti pun masa zaman najib.BN dan PH sama berhentikan pekerja tanpa alasan kukuh.alasan selamatkan ekonomi. tapi bila PN perintah, walaupun ada yang diberhenti kerja, ada alasan kuat sebab covid. tp boleh bagi duit dan bantuan. malah diperluas dan ditambah. jadi kata2 najib masa BN dan PH kata selamatkan ekonomi tu betul ke?semenjak PN perintah baru aku nmpk alasan2 BN dan PH menipu. aku xtau org lain nmpk ke x. fikir la. buat penilaian.

Comments are closed.