Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan yang dipercayai melibatkan ketirisan mencecah RM3.1 juta, dua tahun lalu.

ALOR SETAR – Seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di sini.

“Suspek dipercayai telah salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.- BERNAMA