Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak teragak-agak untuk meletakkan calonnya di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada PRU-15 sekiranya Pas mahu meminggirkan Muafakat Nasional (MN).

Badan Perhubungan UMNO Kelantan dalam kenyataannya hari ini berkata, ketetapan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dalam HarakahDaily dan MalaysiaKini yang diterbitkan pada 2 Disember 2020 bertajuk ‘MB Kelantan pilih perkukuh PN, tolak cadangan terikat dengan MN’.

“UMNO Kelantan kurang jelas sama ada Pas masih ingin meneruskan MN atau sebaliknya. Sekiranya Pas lebih cenderung untuk mengenepikan MN yang telah disepakati, UMNO dan BN Kelantan bersiap sedia untuk meletakkan calon di semua kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen dalam PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Rabu lalu, Ahmad Yakob yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, perjuangan politik melalui perpaduan Melayu tidak boleh mengenepikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahmad yang dilaporkan HarakahDaily menegaskan, pergerakan parti Melayu mestilah tidak terhad hanya antara Pas dan UMNO tetapi perlu melibatkan sama parti lain termasuk Bersatu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Harap PAS memberi komitmen nya bersama MN setelah di meterai didalam program perpaduan ummah. Kekalkan bersama MN, rakyat ingin melihat melayu islam bersatu hati dalam perkara dasar dlm soal melayu dan islam.

  2. MuafakatNasional – Perpaduan ummah amende? Baru 9 bulan mereka tubuh kerajaan pintu belakang, dah mula menikam satu sama lain. Kredit rating Malaysia pun dah turun cepat gile, pelabur takut dah kat kerajaan rasis ni. PH lebih stabil dan berintegriti.

Comments are closed.