Penulis, Rizduan bersama Annuar suatu ketika dahulu.

PAGI ini entah kenapa terlintas difikiran untuk mencoretkan serba sedikit sudut pandang kepada figura yang bernama Tan Sri Annuar Musa ini.

Mungkin kerana beliau ketika ini menjadi tarikan kepada pengamal politik sama ada dari dalaman UMNO mahupun di luar.

Apa yang menarik berkaitan tokoh ini, beliau seringkali berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan, sama ada besar mahu pun kecil.

Ketika dalam bolasepak, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), apa yang beliau tidak hadapi. Dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pun begitu, pernah digantung jawatan selama 30 bulan.

Apatah lagi dalam parti UMNO, terlalu banyak isu yang dilaluinya.

Jika dihitung tempoh masa yang dilalui oleh beliau dalam arena politik sejak 1979 lagi dan menjadi Ketua Bahagian UMNO sejak 1986, hampir 40 tahun lebih beliau dalam politik.

Sememang beliau cukup masak dalam arena politik jika nak dibandingkan dengan kita, yang hanya mengenal dunia politik 20 tahun ke bawah, yang peliknya kenapa Annuar sentiasa bermain pedang dengan pemikiran antara yang ramai.

Dari satu sudut, kita akan melihat beliau seperti pengacau dan hanya mementingkan diri sendiri.

Pernah suatu ketika (tidak silap sekitar tahun 2012), beliau telah menyokong gerakan tuntutan royalti minyak kepada Kelantan, sedangkan beliau pemimpin UMNO dan menjadi pelik tidak selari dengan UMNO. Ketika itu beliau dilabel sebagai agen Pas.

Ketika dalam KAFA, apa perkara yang beliau tidak lakukan tranformasi kepada bolasepak Kelantan. Macam-macam “set nakan dan tetok” kepada beliau.

Akhirnya, Kelantan menjuarai tiga kejuaraan dalam satu musim dan Kelantan juga telah pun mendapat bahagian royalti (bermula gerakan gegar suatu ketika).

Pada saat ini juga, beliau digelar sebagai jurucakap kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan kerana tindak tanduknya mengemukakan pelbagai pandangan yang bertentangan dengan kehendak ahli UMNO.

Beliau berdepan bukan sahaja dengan ahli UMNO, malah dengan rakan-rakan pemimpin yang tidak senang hati dengan watak kepimpinan beliau.

Sekali lagi beliau dikatakan pengampu kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan bersifat duri dalam daging kepada partinya sendiri.

Namun, konflik di Perak, ketika yang lain buntu mencari solusi dengan cepat dan tepat, beliau tampil menyelesaikannya dengan muafakat dan selamat.

Daripada apa yang diperkatakan, pada ambolah. Tan Sri Annuar Musa ini merupakan figura yang memiliki pemikiran secara realistik berdasarkan pelan yang dibentuk terlebih dahulu.

Mungkin pengaruh ilmu yang dimilikinya dalam bidang perancang bandar. Setiap apa yang hendak dilakukan akan berdasarkan kajian secara terperinci dan menyeluruh. Kemudian akan dirangka pelan tindakan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Mungkin sebab itu, beliau akan mengikuti apa kajian dan pelan yang dimilikinya. Tidak mustahillah akan ada pertentangan pemikiran dengan beliau.

Mungkin pada pihak kita akan bertindak mengikut situasi dan emosi, sedangkan beliau akan mengikut garis jalur yang telah diperhalusi.

Mungkin akan kata, tulisan ini sekadar pembodek atau (“pong” istilah orang kelantan). Tulisan ini sekadar perkongsian dari sudut pandangan ambo, tidak lebih pada itu.

Lagi pun semasa pemilihan UMNO 2018, beliau tidak dapat undi di Bahagian UMNO Pasir Mas, sebaliknya Datuk Seri Muhamad Hassan yang memenangi satu undi untuk jawatan Timbalan Presiden. – MalaysiaGazette

Penulis, Rizduan Ibrahim adalah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Sehebat mana pun ilmu..bila bersama dgn pengkhianat & bersetuju dgn tingkah laku pengkhianat samalah juga ilmu itu sesudu gula yg dicurahkan dalam air laut.
    Tak memberi kesan.
    Sbb dosa khianat tempatnya dineraka bersama orang2 fasiq.
    Auzubillah min zaliq

  2. kalau betul2 nuar musa sygkan umno,
    pasti dia xkn sakitkan ati akar umbi,
    tp nampaknya dia lebih sygkan jwtnnya,
    sbb tu dia xheran dgn apa yg akar umbi mahukan,
    tp nanti bila mahukan sokongan,pandailah dia putar belit balik,
    org2 politik kat negara nie mmg semuanya xboleh dipercayai,
    terutamanya sst,si saka tua yg mulutnya berpuaka dan hatinya beriblis,

  3. Kepentingan peribadi dn material serta kuasa/jawatan yg mjd perjuangan nya…..bukan utuk parti , agama , bangsa dn negara…..

Comments are closed.