Pegawai Imigresen Hadapi 17 Pertuduhan Rasuah | EDISI MG – 3ptg 11 Disember 2020

Seorang Pegawai Imigresen Gred KP19 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 17 pertuduhan menerima rasuah lebih RM20,000 bagi membantu melepaskan warga asing keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Tertuduh, Mohd Al-Ridhuan Ahmad Zaini mengaku tidak bersalah untuk setiap pertuduhan dan mohon dan dibicarakan sebaik pertuduhan di hadapan Hakim, Rozina Ayob.