Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Rakyat sepatutnya hidup dalam kesenangan, bukan kemiskinan seperti sekarang, jika negara ditadbir oleh pemimpin bersih dan bermoral.

Namun, apa yang berlaku, selepas 63 tahun merdeka, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) melihat bangsa pribumi terutama dari B40 dan M40 makin jauh ketinggalan dengan ramai hidup terhimpit.

Presiden Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, apa ertinya kemerdekaan dan negara mempunyai pencakar langit, tetapi bangsa pribumi terpaksa melutut menyembah bumi sendiri.

“Jika tengok statistik lengkap dalam semua aspek ekonomi termasuk pemilikan hartanah, ia cukup menyakitkan hati dan boleh menitiskan air mata.

“Ia seperti merempat di bumi sendiri, selain layak menunggu rumah mampu milik serta PPRT sahaja termasuk menanti subsidi seperti peminta sedekah berbaris panjang berjam-jam untuk menerima agihan wang tunai hanya berjumlah RM500 hingga RM1,000.

“Sebaliknya, bangunan pencakar langit, gedung perniagaan, rumah mewah semuanya menjadi milik orang lain,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Persidangan Agung Parti Putra Malaysia di sebuah hotel, di sini semalam.

Dr. Ibrahim menyatakan, lebih mengecewakan lagi apabila negara pula terhutang lebih RM1 trilion, yang sepatutnya jumlah itu merupakan simpanan jika ditadbir dengan baik dan cemerlang.

Ini berbeza dengan negara lain yang tidak mempunyai apa-apa kekayaan, tetapi hebat dan boleh mempunyai simpanan dengan jumlah luar biasa.

“Kenapa? Sebab mereka mempunyai pemimpin bersih dan bermoral seperti Singapura, Finland, Norway dan banyak lagi negara bukan Islam yang sangat hebat. Tidakkah ini memalukan?

“Malaysia yang dahulunya menjadi contoh bagi negara ketiga, negara Islam contoh dan banyak lagi gembar gembur sebelum ini, tetapi sekarang hanya indah khabar dari rupa.

“Apa yang berlaku berpunca daripada kerosakan iman dan jati diri pemimpin Melayu Islam sendiri. Berjanji kepada rakyat dengan pelbagai slogan, hakikatnya bangsa pribumi dikhianati pemimpin itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini timbul pelbagai isu penghinaan terhadap kesucian Islam, Hak Keistimewaan Orang Melayu dan bangsa pribumi dipersoalkan secara berniat jahat.

Bukan itu, sahaja, Institusi Diraja dicaci serta dihina sehingga menyakitkan hati bagi mereka yang berdarah patriotism.

“Malah, pemikiran rakyat juga makin celaru, dengan anak muda terperangkap dalam fahaman liberalism dan pluralism hingga mengancam pegangan akidah secara sedar atau tidak sedar.

“Masalah ditambah lagi dengan kemasukan pendatang asing yang kini jumlahnya melebihi jutaan, yang masuk secara sah atau haram. Tentunya, perkembangan ini menakutkan untuk masa depan bangsa pribumi.

“Bukan sahaja peluang ekonomi direbut kumpulan Pati ini, tetapi kehadiran mereka juga menyumbang kepada peningkatan pelbagai jenayah sosial dan mengancam keselamatan negara,” katanya.

Menurut Dr. Ibrahim lagi, pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) tidak mengubah landskap politik, malah apa yang berlaku ibarat dua kali lima, lima kali dua dengan jawapannya 10.

Inilah katanya, punca apabila pemimpin Melayu Islam sudah hilang roh semangat patriotisme yang langsung tidak menghayati iltizam politik kepentingan bangsa pribumi, tetapi sekadar sarat dengan nafsu kebendaan.

“Pendek kata, sama sahaja. Hanya masing-masing menggunakan Melayu dan Islam sebagai modal retorik politik untuk meraih sokongan orang Melayu setelah hilang kuasa.

“Ketika berkuasa, mereka bersifat rakus, lupa bangsa serta tidak mengikut ajaran kepimpinan Islam yang dilaung-laungkan. Bila jatuh, baharulah menangis tidak berlagu.

“Namun, bila berkuasa semula, budaya yang sama kembali terserlah,” katanya.

Mengenai soal pendidikan, tegas beliau, Putra tidak bersifat apologetik atau malu alah, sebaliknya tegas dan tidak akan bertolak ansur selagi mana Pendidikan Sekolah Satu Aliran tidak dilaksanakan.

Ini katanya, selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memartabatkan Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di bawah Perkara Fasal 151 dan 152 Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, Sekolah Satu Aliran adalah asas bagi membentuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.

“Jika perpaduan nasional tidak direalisasikan melalui Sistem Pendidikan bermula dari peringkat awal kanak-kanak, Malaysia pasti akan menjadi sebuah negara yang sentiasa berada di hujung tanduk atau ibarat api dalam sekam.

“Negara boleh musnah dalam sekelip mata dan semua pihak akan mengalami kerugian dengan Peristiwa 13 Mei adalah pengajarannya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Bukankah Dato’ pernah duduk dalam kerajaan dahulu? Dato’ pernah menjadi menteri kanan kemudian menjadi ahli korporat dengan menguasai BERNAS. Kenapa pada waktu itu Dato’ tidak menjadikan jawatan Dato’ untuk membantu rakyat, tetapi megkayakan diri sendiri sehingga mampu menubuhkan parti sendiri. Orang miskin tak mungkin ada duit untuk tubuhkan parti dan menaja pengikut pengikut. Menepuk air didulang, terpercik muka sendiri.

  2. Uniknya Kontrak Sosial bikin mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang cina keling menguntungkan ekonomi penjajah British untuk menang sorak kampung tergadai sehingga tanah Melayu kini merosot ke 12%.
    Tibalah masanya pribumi Melayu ikut contoh negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan dengan menaikkan cukai ke atas kaum pendatang demi menangani rasuah sambil menjamin hak keistimewaan pribumi mereka.

  3. Brehing Ali, toksah borak lebih la
    Sampai ada nama jambatan ibrahim ali di pasir mas kelantan, betapa hebat ibrahim ali dan mamak kutty dulu menyusun project sana sini.
    Pada awal penubuhan PERKASA, salah sorang yang memperkasakan PERKASA ialah Dato Albert Tan, seorang contractor buat jalan yang dapat banyak project jalan Brehing Ali ni ejas.
    Aku harap mu baca komen ji ye Brehinggggg!!!

Comments are closed.