Penyokong Pas memegang banting bantahan selepas menyerahkan memorandum daripada ahli dan akar umbi serta penyokong PAS kepada Kepimpinan Pas Pusat berkaitan hubungan politik dengan Bersatu di Hadapan Pintu Utama, Pejabat PAS Pusat, Kuala Lumpur. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 20 ahli seumur Pas hari ini mendesak kepimpinannya mengkaji semula kerjasama politik antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut jurucakap kumpulan itu, Khairul Anwar, ia wajar dilakukan keranamendakwa Pas ditipu dan dipaksa berada dalam Perikatan Nasional (PN) dan menerima Bersatu sebagai rakan politik.

“Segelintir pemimpin Pas memaksa kami menerima kawan baharu iaitu Bersatu yang jelas mempunyai sejarah hitam dengan rakan kita (UMNO) dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kami terkilan kerana pimpinan Pas tidak mengendahkan suara akar umbi di bawah dan terus bersetuju untuk bersama Bersatu dalam PN pada Mac lalu,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Pas Pusat hari ini.

Terdahulu seramai 20 ahli seumur Pas menyerahkan memorandum bantahan kepada Setiausaha Kerja Pas Pusat, Mohd Khoirol Anuar sambil membawa kain rentang dan gegantung tertulis beberapa mesej kepada pucuk pimpinan parti.

Antara mesej itu ialah ‘Jangan Jadi Jurucakap PPBM’ dipercayai ditujukan kepada gambar tiga tokoh Pas di dalam gegantung itu.

Ini termasuklah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung Pas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Dalam pada itu, Khairul menuntut Pas agar mengadakan muktamar khas bagi membahaskan soal hubungan kerjasama politik dengan Bersatu.

“Setelah hampir sebulan menghubungi rakan-rakan dan akar umbi Pas di seluruh negara mendapati kebanyakan mereka tidak bersetuju Pas berada dalam PN.

“Cukuplah Pas berada dalam MN dan bersama Barisan Nasional (BN). Jangan paksa kami di bawah ini bersetuju sebelum muktamar khas Pas diadakan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Hehehe…kesian…. 20 horang je yg desperado cari duit sampai sanggup jadi barua….. Kumpul ramai sikit baru realll

  2. Kalau sesama melayu islam, nak bersatu cukup payah. Ada saja secebis darah busuk dlm dada. Tak dak isu besar, isu kecil pun jadi lah. Masa berkerjasama dengan DAP dulu, 20 org ni takdak pulak terkinja kinja camni.

Comments are closed.