Nga Kor Ming.
Nga Kor Ming.

IPOH – Walaupun sedar bahawa kerjasama dengan UMNO akan mengundang kritikan malahan menyebabkannya ditolak, tetapi Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming tetap mahu membuka lembaran baharu, termasuk membawa masyarakat Cina kembali semula ke arus perdana politik Malaysia.

“Politik majmuk sedang mengalami pengunduran dan politik satu kaum semakin hebat. Jika keadaan baharu tidak dibuka, maka kita akan terperangkap dalam lorong mati ini.

“Anda boleh memaki hamun, mempersenda saya, tetapi saya berasa telah melakukan perkara yang betul,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily mengenai kerjasama dengan UMNO.

Kata Kor Ming, beliau tidak akan melakukan pemutihan untuk UMNO dan pemimpin parti itu perlu bertanggungjawab atas segala skandal membabitkan mereka.

Katanya, prinsip DAP dalam soal penghapusan penyelewengan juga tidak akan diperdagangkan manakala masyarakat Cina juga tidak akan dikhianati.

“Jika Pakatan Harapan betul-betul bersama dengan UMNO, tidak kira Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka harus berdepan prosedur undang-undang yang ada.

“Mereka harus menanggungnya jika mahkamah mendapati mereka bersalah,” katanya.

Menurut Kor Ming, orang Cina telah kehilangan peranan dalam kerajaan Perikatan Nasional dan Malaysia akan dikuasai politik perkauman dan politik agama sehingga menjatuhkan semangat sekular.

“Kami ada dua pilihan iaitu sama ada terus menunggu keadaan menjadi lebih tenat atau memilih alternatif yang ada. Saya tahu ini mungkin mengundang kritikan, tetapi ia adalah lebih baik daripada berdiam diri.

“Jika bercakap pasal kerjasama, Pas bukan lagi di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan parti ini menjadi sangat ekstrem, Perikatan Nasional pula  bermain politik perkauman dan tiada hala tuju dalam pentadbiran negara.

UMNO sanggup bersama DAP demi kuasa?

“Yang tinggal, hanyalah UMNO,” kata Kor Ming yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Katanya, walaupun jalan di depan penuh berliku, tetapi seseorang pemimpin perlu berani untuk menghadapi risiko.

“Tsunami politik 2008 tidak akan berlaku jika Lim Kit Siang tidak bekerjasama dengan Nik Abdul Aziz.

“Kami juga tidak akan berjaya menukar kerajaan jika tidak bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018,” katanya.

Menurutnya, kerjasama antara PH dengan UMNO akan membolehkan UMNO menjadi lebih sederhana. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Umno hari ini jangan harap lah. Umno hari esok belum pasti. Ektrimis ahli dap walau pun sedikit dipandang banyak oleh kaum lain walau pun dap menafikan mereka tetap ragu.

  2. Kontrak Sosial gagal menjamin hak keistimewaan Melayu memandangkan fakta tanah Melayu kini merosot ke 12% dan 30% equity ekonomihttps://malaysiagazette.com/2020/12/15/yang-tinggal-hanyalah-umno/ amat memalukan di mata antarabangsa kecuali muka tebal mentality Pak Pandir politikus biasa jer sejak dari zaman penjajah British dulu lagi berbanding negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic menguasai penuh tanah dan ekonomi sambil enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan demi menangani rasuah dan menjamin hak keistimewaan pribumi mereka..

Comments are closed.