Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tarikh pembayaran caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun 2021 ditetapkan pada setiap 15 haribulan, bermula Januari 2021.

Ini selaras dengan tarikh asal pembayaran caruman yang ditetapkan oleh KWSP.

Menurutnya, KWSP sebelum ini telah pun melanjutkan tarikh bayaran caruman tersebut daripada 15 haribulan kepada 30 haribulan bagi bulan April hingga Disember 2020, dengan tujuan untuk meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19.

Tarikh pembayaran caruman dikembalikan kepada tarikh asal bagi memastikan caruman pekerja dibayar tanpa kelewatan.

Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik. – MalaysiaGazette