Keadaan di lokasi pesawat Ukraine terhempas d Tehran yang mengorbankan 176 orang penumpang pada 8 Januari 2020. foto Agensi

TEHRAN – Kabinet Iran memperuntukan AS$150,000 untuk setiap 176 keluarga mangsa nahas pesawat Ukraine yang ditembak jatuh di ruang udara Iran pada Januari lalu, lapor agensi berita, IRNA.

“Kabinet telah meluluskan peruntukan AS$150,000 atau bersamaan dengan euro secepat mungkin kepada setiap keluarga dan mereka yang terselamat dalam kemalangan pesawat Ukraine,” menurut kenyataan kerajaan yang dipetik IRNA.

Pengawal Revolusi Iran berkata, mereka yang menyangka pesawat itu sebuah peluru berpandu ketika ketegangan dengan Amerika Syarikat memuncak sacara tidak sengaja telah menembak jatuh pesawat Ukraine International Airlines sejurus selepas ia berlepas.

Lima hari sebelum itu, AS membunuh pegawai tentera tertinggi Iran, Komander Qassem Soleiman dengan menggunakan dron dalam serangan di Iraq.

Menteri Pembangunan Jalan dan Urban Iran, Mohammad Eslami memberitahu rangkaian televisyen milik kerajaan bahawa laporan akhir mengenai kemalangan itu telah dihantar ke negara terlibat untuk siasatan.

Kebanyakan mangsa adalah warga dan penduduk tetap Kanada. – MalaysiaGazette