Ahmad (kanan) menyerahkan kerusi roda dan minuman berjenama Drive kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, hari ini.

KUALA LUMPUR – Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Ungkapan itu menjadi pedoman kepada Yayasan Sayang Mutiara dalam usaha membantu golongan memerlukan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Kemin berkata, pihaknya merasa terpanggil untuk memberikan sumbangan 20 buah kerusi roda untuk kegunaan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Turut diberikan katanya air minuman berjenama Drive kepada pesakit dan barisan hadapan di hospital tersebut, katanya.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit tanggungan keluarga penerima dan terima kasih kepada barisan hadapan,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan Mutiara Motors menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, program CSR seperti itu akan sentiasa diadakan sebagai salah satu usaha kebajikan dalam membantu golongan atau pihak-pihak yang memerlukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast