Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri), Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (dua kiri) melambaikan tangan kepada para media sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan negara akan memainkan peranan yang lebih aktif di pentas global pada tahun 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pandemik Covid-19 sedikit sebanyak merubah the global order telah membuka peluang untuk Malaysia menonjolkan kepimpinan yang lebih dinamik di peringkat dunia.

Tegas beliau, masanya sudah tiba untuk Malaysia muncul sebagai kuasa yang disegani, berani memperjuangkan kemakmuran bersama dan keamanan sejagat secara konsisten.

“Selain mempererat hubungan dengan jiran tetangga dalam rantau ASEAN, kerajaan akan terus memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi dengan negara-negara yang berkongsi aspirasi sama, melalui platform yang sudah sedia ada dan yang bakal dipelopori.

“Hubungan Malaysia dengan negara-negara luar dari segi diplomasi, keselamatan dan ekonomi akan sentiasa berpaksikan kepentingan strategik untuk jangka panjang.

“Keutamaan kelima pada tahun 2021 ialah memperkukuh hubungan yang harmoni dalam masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang kaum, agama, budaya dan wilayah.

“Saya yakin dan percaya, perpaduan adalah kunci kejayaan Malaysia. Lihatlah, berkat perpaduan dan kesatuan hati kita semua, satu persatu cabaran dan dugaan pandemik Covid-19 dapat kita atasi.

“Insafi dan hayatilah hakikat ini. Pupuk dan semai semangat bersatu-padu, saling memahami antara satu sama lain. Benar, ini tidak mudah, apatah lagi dengan cabaran teknologi yang semakin canggih dan ledakan informasi antara benar, separa benar dan palsu yang berlegar di ruangan maya.

“Ingin saya tegaskan, Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang ingkar dan terus menyemai api kebencian antara kaum dan agama apatah lagi menghina institusi Raja Berperlembagaan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampakan ucapan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 di sini malam ini.

Muhyiddin menambah, lima keutamaan kerajaan pada tahun 2021 yang telah dijelaskan adalah selari dengan visi jangka panjang Kerajaan seperti yang terangkum dalam dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Menurutnya, sekiranya kerajaan berusaha dengan lebih gigih hari ini dalam memulihkan ekonomi negara, beliau percaya hasrat WKB 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus maju seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan akan tercapai dengan jayanya menjelang tahun 2030.

Kata beliau, sememangnya, kerajaan mempunyai perancangan dan visi ekonomi yang teliti untuk setiap peringkat pembangunan.

“Dengan kerjasama dan sokongan seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah, saya pasti perancangan-perancangan ini akan membuahkan hasil dan wawasan yang kita gagaskan untuk Malaysia akan tercapai, insya-Allah.

“Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar tahun 2021 akan membuka lembaran baharu untuk rakyat terus bersatu-padu memulihkan semula negara dalam semua aspek, khususnya dari segi kesihatan awam, sosioekonomi, perpaduan kaum dan integrasi nasional,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kemakmuran dan keharmonian bersama dalam masyarakat majmuk berasaskan Kontrak Sosial bagaikan langit dengan bumi berbanding kemakmuran dan keharmonian bersama dalam masyarakat majmuk di mana Kontrak Sosial tak laku dalam lebih bererti menjamin hak keistimewaan pribumi di negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic. Abaikan mentality Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi pendatang cina keling yang dahulunya menguntungkan ekonomi penjajah British untuk menang sorak kampung tergadai sehingga kini. “(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (سورة الأنفال, Al-Anfaal, Chapter #8, Verse #53)

Comments are closed.