Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pas hari ini mengambil pendirian majoriti tipis yang dimiliki oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menjadi masalah besar kepada kepada negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kerajaan PN yang mempunyai majoriti tipis dengan hanya tiga kerusi Parlimen akan tetap kukuh selagi semua ahli dalam kerajaan teguh bersatu dan saling bersepakat.

“Ada yang kata kedudukan kerajaan yang mempunyai majoriti sangat tipis, memerlukan pilihan raya diadakan segera, walau Covid dan ancaman banjir masih jadi isu utama bagi rakyat.

“Bagi saya, majoriti kecil tidak menjadi masalah besar (selagimana tidak melibatkan pindaan perlembagaan) dan semua tetap berpadu, sepakat dan tidak timbulkan pelbagai polemik,” katanya di Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut berkata, sesebuah kerajaan yang mempunyai majoriti kecil juga tidak mendatangkan bahaya selagi ahli-ahli Kabinet tidak mengancam kestabilan kerajaan berkenaan.

“Kolek kecil yang dinaiki penumpang tidak merbahaya, selagi mana penumpangnya berada dalam keadaan tenang dan tidak mengancam kestabilan kolek.

“Istiqamah dalam perjuangan,” katanya lagi.

Beliau mengulas mengenai kedudukan rapuh PN sehinggakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Pada Khamis lalu, Mahathir menasihatkan Muhyiddin agar berbuat demikan kerana kerajaan PN terlalu lemah kerana hanya mempunyai tiga majoriti.

“Nasihat sekarang, the best nasihat adalah sekarang kamu nampak tak begitu kukuh, resignlah (letak jawatan),” kata Mahathir dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), pada Khamis lalu.

Mahathir berkata demikian setelah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak permohonan pendaftaran partinya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pada perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Disember lalu selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tok abah langsung xusik pasal politik ni…yg menyalak sekarang Ahmad Zahid..rakyat memerhati…kami yg x ikut parti mana2 ni xkan nk di adakan pilihanraya dalam masa rakyat tengah susah…ada jaminan ke masalah politik ni selesai klu PRU 15 di adakan dalam masa terdekat..takut lg jd Huru Hara je…membazir duit je…

  2. Dulu pembangkang….sekarang dah ada jawatan dlm kabinet…..kena jaga lah kn…so ckp pun yg lain jer bunyi

  3. Inilah politik demokrasi ciptaan kapir laknat barat. Ikutlah pemerintahan Islam yang Allah Turunkan kepada umat Nabi Adam termashur Zaman Kegemilangan Islam terdahulu. Kapir laknat sentiasa menyelinap menghancurkan Islam. Mengapa masih nak bercakaaran oleh big brother ni. Melayu mudah lupa. Setelah diselamatkan daripada mati Allah hidupkan semula. Tetapi dah nampak taringnya. Kena jenama baru semula sebenarbenarnya. Umpama kasut seluar baju songkok baru yang berprinsipkan Ugama Bangsa Negara Melayu tulin. Kalau masih di takuk lama juga alamat nak hancur semula lagilah. Kali ini kalau terjadi lagi nanti disumpah anak cucu cicit kita. Ada mata buta, ada akal lalai, ada hati mati jangan lupa.

Comments are closed.