Nazir Husin (tengah) bersama murid dan pelajar dalam kawasan Titiwangsa selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan.

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) peruntuk RM150,000 untuk Program Kembali ke Sekolah melibatkan kira-kira 1,000 murid dan pelajar dalam kawasan Titiwangsa.

Menurut Pengerusi, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin, bantuan persekolahan berupa baju, kasut dan beg sekolah yang bernilai RM150 itu disumbangkan kepada setiap murid yang keluarga berpendapatan B40.

Selain itu, katanya, mereka yang terkesan akibat bencana banjir juga turut diberikan bantuan persekolahan.

“Kita harapkan sumbangan ini dapat membantu mempertingkatkan minat murid dan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang,” katanya selepas penyerahan bantuan di empat lokasi Program Kembali Ke Sekolah di kawasan Titiwangsa, semalam.

Nazir Husin (tiga dari kiri) bersama pengurusan YBR dan sekolah pada Program Kembali ke Sekolah.

Kata Nazir Husin lagi, bantuan itu turut diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan murid dan pelajar gembira.

“Sekali gus mereka dapat kembali ke sekolah seperti rakan yang lain dan melahirkan insan seimbang serta harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast