Syaikh Ali Saleh

JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Syaikh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang berusia 44 tahun itu meninggal dunia di Hospital Yarsi, menurut laporan Kompas.com.

Beliau sebelum itu menerima rawatan selama 19 hari akibat Covid-19.

Bagaimanapun, salah seorang rakannya, Yusuf Mansur berkata, Syaikh Ali Saleh sudah negatif Covid-19 sebelum itu dan dalam keadaan stabil.

Difahamkan, pihak hospital juga tidak memaklumkan punca kematian pendakwah berkenaan walaupun sebelum itu dirawat kerana Covid-19.

Sebelum itu, pendakwah yang lahir di Lombok itu pernah dilaporkan ditikam di tangan semasa berceramah di Bandung.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendakwah Syekh Ali cedera ditikam semasa mengajar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast