Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai keliru apabila mengenakan syarat untuk blok pembangkang menyertai Jawatankuasa Bebas.

Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan berkata, jawatankuasa itu yang akan disertai bersama Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan pakar undang-undang akan berperanan menasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai tempoh darurat.

“Bukan menasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana disangkakan Gua Eng,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Guan Eng semalam dilaporkan mengenakan dua syarat untuk menyertai Jawatankuasa Bebas bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai tempoh darurat.

Dilaporkan beliau berkata bahawa DAP tidak mahu Jawatankuasa Bebas menjadi “rubber stamp” kepada Muhyiddin.

Menurut Wan Saiful, DAP perlu ingat tugas Jawatankuasa Bebas ialah untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dan baginda akan membuat keputusan, bukan Muhyiddin.

“Jangan hina Yang di-Pertuan Agong seolah-olah baginda boleh dipergunakan sebagai “rubber stamp” oleh sesiapa. Ini institusi tertinggi dalam negara.

“Sepatutnya DAP terima dahulu pengumuman tersebut dengan takzim dan hormat. Ketepikan sentimen kepartian demi khidmat kepada rakyat.

“Ini adalah peluang untuk memberi syor terus kepada Yang di-Pertuan Agong dan laksanakan dahulu peranan itu dengan sebaiknya,” ujar beliau.

Kata beliau, apabila Yang di-Pertuan Agong mencemar duli membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk memberi pandangan, adalah salah jika ada syarat pula yang hendak dikenakan.

“(DAP dan pembangkang) jangan sombong mengenakan syarat seolah-olah bagi betis hendak paha pula,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Semua org sudah takut pada PPBM, parti Pusing Balek Malaysia. Ini disebabkan oleh parti ni sudah banyak kali buat janji tapi lepas tu UTurn. Mcm budget cakap nak bagi dana untuk selamatkan feri tapi uturn. Moratorium dan KWSP sama juga. Itu pun uturn. Mcm mana nak percaya party awak????
    Semua org sudah takut dan tak percaya.

Comments are closed.