Ros Hanita Mohd Basir

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM35.4 juta yang diluluskan kerajaan untuk pembinaan tiga dewan di Parlimen Pagoh baru-baru ini, wajar dipertikaikan ketika rakyat hidup tertekan dengan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pergerakan Wiranita Putra Malaysia, Ros Hanita Mohd Basir berkata, pembinaan dewan itu langsung tidak relevan, malah tidak sesuai pada zaman rakyat begitu tertekan dengan masalah wabak penyakit berjangkit itu.

Kata beliau, walaupun kerajaan sedar rakyat hidup susah kerana hilang punca pendapatan akibat diberhentikan kerja, gaji dipotong, perniagaan ditutup dan sebagainya, namun masih kurang inisiatif dilakukan kerajaan untuk membantu memulihkan ekonomi mereka, selain meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu wang milik rakyat sendiri.

“Meluluskan peruntukan untuk pembinaan dewan ini memang tindakan tidak masuk akal, apatah lagi dengan jumlah yang begitu besar untuk tiga buah dewan yang tidak menjadi keperluan jika dibandingkan keperitan hidup dihadapi rakyat.

“Perbelanjaan ini dikategorikan sebagai pembaziran yang besar, seolah kerajaan langsung tidak peka dengan masalah rakyat, melainkan ada udang di sebalik batu, iaitu agenda tersembunyi pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Serentak itu, Wiranita Putra mendesak kerajaan supaya meneliti semula kelulusan peruntukan wang sebanyak itu agar dapat disalurkan kepada golongan yang hilang sumber pendapatan dan punca rezeki.

Jelas beliau, menjadi tanda tanya, mengapa peruntukan itu diluluskan ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri dan daerah.

“Ada baiknya peruntukan RM35.4 juta itu dibelanjakan untuk meningkatkan fasiliti perubatan daripada membina sebuah dewan.

“Kita mohon kerajaan mendahulukan nasib rakyat yang berdepan kesulitan daripada membuat perkara tidak berfaedah dan membazir.

“Dengan ini, Wiranita Putra menuntut kerajaan supaya berlaku adil dan telus dalam membuat apa juga keputusan, tidak hanya memenuhi kehendak pihak tertentu,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. satu maun kata takde investment, satu maun kate kerajaan tak pacu ekonomi, satu maun kata kerajaan jgn kedekut, satu maun kata berjimat2…. anggap saja mcm baca viral wasapke fbke wctke puake , waste of time.

  2. Parti baru yg penuh dengan orang bodoh macam boss dia jugak.

    Takkan semua bajet negara lawan covid-19 jer. Penang beli Mercedes-Benz, barulah membazir….

    Buat dewan untuk rakyat… Takkan buat klinik banyakkk banyakkk lepas covid-19 habis letak enkau ngan boss engkau joget… Kerajaan negeri selangor n penang banyakkk buat dewan, pant** kau senyap jer. Nanti rakyat boleh biat kenduri, anak2 main futsal n badminton… Takkan nak main lompat katil hospital pulak

  3. Takyah ulas. Org kat atas dah ulas dgn bernas. Ada sesetengah manusia kalau nama ja pembangkang, semua benda pun tak kena kat mata diorg. Maklum lah, mata lalat. Nampak taik ja

Comments are closed.