KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal maut digilis lori di Lebuhraya Utara Selatan selepas susur Tol Rawang Utara pagi tadi.

Kemalangan berlaku apabila lori tersebut melepasi tol Rawang Utara dan pemandu yang berada di lorong kiri  tiba-tiba bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa.

Mangsa, seorang lelaki, 26 tahun bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat.

Siasatan awal mendapati lori tersebut memasuki laluan motosikal sebelum kejadian berlaku.

Insiden itu menyebabkan mangsa kemudian terjatuh dan digilis oleh lori tersebut.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan dan dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

Kes ini diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. -MalaysiaGazette