Foto Instagram Edika Yusof.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Edika Yusof dan isteri, Nor Hidayah Yusri berkongsi kegembiraan meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-18 mereka secara sederhana walaupun 16 tahun hidup bersama dalam kekurangan.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Edika, 54, dia menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya.

Dalam video dikongsikan itu, isterinya, 41, Nor Hidayah menguntum senyuman menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang.

Kesetiaan Edika mendapat pujian apabila hero filem Maria Mariana itu sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh selama 16 tahun.

Edika yang sebelum ini juga model mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Nor Norhidayah dan setia sehingga hari ini. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Satu dalam sejuta belum tentu boleh jumpa. Terbaik abang hensem….Mudah-mudahan Allah permudahkanlah urusan tuan sekeluarga

  2. Ujian ini ada berperingkat. Peringkat oertama memang mengembirakan. Peringkat kedua siapa kena dia yang rasa. Peringkat ketiga tak tahu macam mana. ……

Comments are closed.