KUALA LUMPUR – Pembangunan semula Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu yang telah siap sepenuhnya pada Disember tahun lalu memberi keselesaan kepada lebih 1,000 orang jemaah dalam satu masah.
Menerusi projek pemuliharaan dan pemeliharaan semula bebanan atas tapak berkenaan, menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, madrasah itu mempunyai tiga unit kuarters untuk kegunaan pengurusan madrasah.
“Malah terdapat gerai-gerai makanan turut dibina dalam kawasan surau ini. Kos pembinaan surau ini adalah melalui peruntukan yang telah disediakan melalui Dana Mudah Cara daripada Unit Kerjasama Swasta Awam (UKAS) dan sumbangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, Annuar memaklumkan projek Taman Tugu merupakan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan semulajadi yang telah dilancarkan 4 September 2016 .
Ia dilaksanakan atas tanah hutan semulajadi seluas 66 ekar yang terletak berhampiran kawasan Taman Tugu, yang digelar sebagai green lung di ibu kota.
Ia mampu menyediakan ruang untuk aktiviti penjagaaan alam sekitar terutamanya pendidikan biodiversiti kepada golongan muda dan tumpuan rekreasi kepada warga kota.
Tambah Annuar, projek yang dilaksanakan oleh oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) itu, dilihat memberi manfaat kepada rakyat dan selain mendapat oleh kerajaan.
Ujar beliau lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan mendapati projek pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hijau ini akan menjadi salah satu tarikan pelancong kerana ia dapat mengintegrasikan dan menghubungkan kawasan-kawasan pelancongan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur seperti Taman Botani Perdana, Little India, Heritage Trail dan Projek River of Life.- MalaysiaGazette
















