Gambar hiasan.

KEGAGALAN kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin semakin terserlah berikutan jumlah kenaikan kes jangkitan Covid19 dan angka kematian kian meningkat.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan darurat telah dilaksanakan,kerajaan masih gagal mengurangkan kadar jangkitan sehingga merisikokan nyawa rakyat.

Atas faktor itu, Parlimen perlu bersidang semula bagi mengembalikan peranan pembangkang sebagai agen semak dan imbang bagi membahaskan permasalahan rakyat.

Proklamasi darurat yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengekang dan mengurang kadar kebolehjangkitan Covid-19, selain mengelakkan berlakunya Pilihanraya Negeri,Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Umum.

Terdapat juga negara-negara lain yang melaksanakan darurat, tetapi masih mengadakan persidangan parlimen sama ada secara bersemuka atau maya. Antara negara yang masih mengadakan sidang parlimen ialah Jepun, United Kingdom dan Iran.

Walaupun United Kingdom dan Iran mempunyai kes jangkitan yang tinggi,namun persidangan parlimen masih berjalan seperti biasa tanpa menggunakan sebarang alasan darurat dan sebagainya.

Pengisytiharaan darurat pada 13 Januari yang lalu adalah bertujuan untuk mengelak berlakunya sidang parlimen dan menghalang blok pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya tatkala Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.

Rakyat sedar bahawa pelaksanaan darurat ini bermotifkan politik yang berselindung di sebalik masalah jangkitan Covid19.

Sebagai pembangkang,mereka hanya mampu untuk mengemukakan pandangan dan cadangan di media sosial dan perkara ini memberikan kesukaran kepada mereka untuk menyampaikan maklumat yang sebenar kepada orang ramai.

Muhyiddim Yassin dan para kabinetnya perlu berhenti bermain politik dan mula memikirkan soal keselamatan dan kesihatan rakyat. Bina semula sistem demokrasi yang telah diruntuhkan oleh kerajaan Perikatan Nasional dengan mengembalikan semula hak parti pembangkang untuk membahas di Parlimen.- MalaysiaGazette

MUHAMMAD AZHA SALAHUDIN

6 Komen

  1. Selagi semakin ramai didenda ingkar SOP maka penguatkuasa sewajarnya dipuji, tetapi sekiranya semakin merosot yang didenda ingkar SOP tetapi jangkitan virus tidak ikut merosot maka barulah boleh dipersalahkan penguatkuasa. Walaubagaimanapun, darurat masih perlu sebab parlimen gagal menjamin majority ekonomi untuk majority pribumi Melayu lantas parlimen sekian lama ingkar Kontrak Sosial dan juga ingkar hak perlembagaan keistimewaan Melayu.

  2. Darurat sudah diperkenankan oleh YDPA, jgn bahas lagi. Sudah sudah lah tu berpolitik. Rakyat tengah susah ni, tolong lah faham. TSMY dah beri jaminan akan adakan pilihanraya, bubar parlimen jika mendapat perkenan ke bawah dulu tuanku ketika mana covid19 sudah mula beransur pulih. Pemimpin2 yg gila kuasa pangkat dan jawatan harap bersabar, perbanyakan doa semoga covid19 cepat berlalu pergi di bumi malaysia ini.

  3. Resign je lh dinn oii… Lembab buat kerja.. PN ada Bersatu, umno, pas masing2 haprak buat kerja.. Masing2 tikam sesama sendiri gila kuasa rakyat jd mngsa

  4. Kaki bangkang bercakap seolah olah mereka adalah jurucakap rakyat. Rakyat merasa selesa dengan Mahyudin sekarang, cuma ada dua tiga kerat manusia yang rakus dan gila kuasa yang mengatakan rakyat menolak Mahyudin. Nak tulis apa apa pun, buat research dahulu.

  5. kebanyakan orang politik tidak boleh dipercayai hanya fikir apa yang mahu di isi dalam perut serta kroni..mari lah kita semua Rakyat Malaysia menolak politiking mereka yang hanya penting Diri ..Bangkitlah rakyat tanpa kira apa2 parti..
    Diharap YDPA bertegas kpd petualang negara sehingga Malaysia menjadi negara yang selamat..
    #SayNoAnwar
    #NoDapMalaysiaSafe

Comments are closed.