Foto hiasan

LONDON – Vaksin Covid-19 yang dihasilkan AstraZeneca dan Universiti Oxford mempunyai keberkesanan yang serupa terhadap varian koronavirus Britain, kata universiti itu.

Varian, yang pertama kali dikenal pasti di Kent, England selatan, lebih mudah disebarkan, mendorong banyak negara menyekat perjalanan ke Britain.

Varian baharu itu juga menyebabkan lonjakan jangkitan Covid-19 sehingga memaksa pelaksanaan sekatan pergerakan di England bulan lalu.

Sekatan pergerakan itu dlaksanakan ketika Britain mula melakukan vaksinasi AstraZaneca.

Lebih 10 juta penduduk Britain telah menerima dos pertama AstraZeneca atau Pfizer.

“Data dari percubaan kami terhadap vaksin ChAdOx1 di United Kingdom menunjukkan vaksin ini tidak hanya melindungi dari virus pandemik yang asal, tetapi juga melindungi dari varian novel B117, yang menyebabkan lonjakan jangkitan sejak akhir tahun lalu di seluruh UK , “kata Andrew Pollard, ketua penyiasat percubaan vaksin Oxford.

Sarah Gilbert, yang membangunkan bersamaa vaksin itu berkata, walaupun vaksin tersebut mempunyai keberkesanan terhadap varian UK, ia juga perlu disesuaikan untuk varian yang akan datang.

“Kami sedang bekerjasama dengan AstraZeneca untuk menyediakan keperluan lain jika berlaku perubahan strain,” katanya. – MalaysiaGazette