Steven Choong

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor amat kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Tebrau yang juga merupakan Ketua Cabang Tebrau, Steven Choong menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluar daripada parti.

Sikap beliau sangat tidak bertanggungjawab kepada amanah rakyat dan undi rakyat yang selama ini memilih PKR sebagai parti yang meneraju Tebrau, kata ketuanya, Napsiah Khamis.

Menurutnya, Steven bertanding dan menang menggunakan logo serta lambang PKR, justeru rakyat juga memilih beliau disebabkan oleh lambang PKR.

Tegas beliau, pengkhianatan kepada undi rakyat ini adalah satu perkara yang paling hina.

”Pengkhianatan menjadi satu di antara perbuatan tercela. Pengkhianatan menodai nilai-nilai kesetiaan , Pengkhianatan juga menyebabkan kerosakan dan kerugian baik dari segi mental mahupun fizikal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Napsiah menyeru semua pengundi supaya memastikan pemimpin dusta ini ditewaskan pada pilihan raya akan datang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau ADUN atau Ahli parlimen dari parti lain masuk PKR tidak dikatakan pengkhianatan.
    Lepas anuwar keluaq penjara ahli parlimen Port Dickson saja² letak jawatan jgk mengkhianat amanah dan membazirkan duit rakyat. Tk perlu pun anuwar kalut nk jadi AP Klau betul PKR beramanah nk jaga kepentingan rakyat. Dia tk jadi AP pun boleh berperanan membantu kerajaan Puak Haprak dulu. Tapi oleh kerana cita² pribadi dia sanggup membazirkan duit rakyat.
    Tk payah cakap la kononnya PKR tu telus sgt, tapi hakikatnya pembohong belaka.

Comments are closed.