Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Memandangkan tidak ada lagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Jumaat ini, kerajaan sudah boleh menetapkan tarikh untuk Parlimen bersidang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong juga telah mengeluarkan titah baru-baru ini memberi ‘lampu hijau’ untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Parlimen untuk bersidang.

Ujar beliau, jika ada pihak masih menganggap Proklamasi Darurat menghalang Parlimen ersidang, itu tidak tepat sama sekali.

“Pak Menteri sila move on. Jom, kita bersidang demi kepentingan rakyat dan negara. Inikan negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebooknya, hari ini.

Beliau turut bersyukur kerana rentas daerah telah dibenarkan mulai Jumaat ini, kecuali Sabah, dan berharap kelonggaran itu sedikit sebanyak dapat membantu mana-mana pihak yang terjejas disebabkan sekatan itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, walaupun kerajaan telah melonggarkan semua negeri dari PKP kepada PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), namun semua pihak jangan terlalu ghairah dan alpa dengan kepentingan menjaga SOP.

Ini kerana, katanya, rakyat masih berdepan dengan risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus Covid-19 berikutan program vaksin yang bermula minggu lepas akan mengambil masa sebelum mencapai imuniti kelompok.

“Ucapkan juga terima kasih kepada barisan anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang siang malam menjaga sempadan daerah demi keselamatan kita.

“Tidak lupa juga kepada petugas Kementerian Kesihatan yang selama ini bermati-matian mengendalikan pesakit Covid-19 dan barisan guru yang mengendalikan pelajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Parlimen sekian lama gagal menjamin majoriti ekonomi untuk majoriti pribumi Melayu tetapi sebaliknya membiarkan hak perlembagaan keistimewaan Melayu dan Kontrak Sosial dicabuli oleh DEB hadkan 30% ekonomi untuk majoriti pribumi Melayu supaya bukan pribumi terus-menerus dapat 70% ekonomi termasuk tanah rizab Melayu teruk merosot terutamanya Penang dan Singapore masih tergadai.

Comments are closed.