Tan Sri Annuar Musa membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dalam diam-diam mengutus surat pemberitahuan untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, tidak ada keperluan untuk UMNO berbuat demikian kerana pada awal menjalin kerjasama antara parti, tidak ada pun surat menyurat dibuat.