Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Bermula esok, waktu operasi kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara bermula pukul 8.30 pagi sehingga 4 petang.

Dalam kenyataannya, dana persaraan itu berkata, waktu operasi berkenaan adalah untuk semua perkhidmatan yang disediakan KWSP.

“Ini berikutan pengumuman Kerajaan berkenaan perintah kawalan pergerakan Covid-19 yang terbaharu,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan ahli, majikan dan kakitangannya, KWSP akan terus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) di semua cawangan dan pejabatnya seperti membuat temujanji terlebih dahulu melalui JanjiTemu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu serta menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti i-Akaun (ahli) dan i-Akaun (majikan).

Para majikan pula disaran menggunakan khidmat nasihat lanjut dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan.-MalaysiaGazette