Huawei Technologies Co. antara lima telco China yang berada dalam senarai FCC. Foto Agensi

WASHINGTON – Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) mengumumkan lima syarikat China yang memberi ancaman terhadap keselamatan negara di bawah undang-undang melindungi rangkaian komunikasi Amerika Syarikat (AS) 2019.

Menurut FCC, syarikat-syarikat itu adalah Huawei Technologies Co, ZTE Corp, Hytera Communications Corp, Hangzhou Hikvision Digital Technology Co, dan Zhengjiang Dahua Technology Co.

Undang-undang pada tahun 2019 mensyaratkan FCC untuk mengenal pasti syarikat-syarikat pengeluar peralatan dan perkhidmatan telekomunikasi “yang didapati boleh mengancam keselamatan negara AS”.

Pemangku Pengerusi FCC, Jessica Rosenworcel dalam kenyataan berkata, senarai tersebut memberikan garis panduan berguna kepada rangkaian generasi akan datang supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan tidak lagi menggunakan peralatan atau perkhidmatan yang mampu mengancam keselamatan negara dan rakyat AS.- MalaysiaGazette