R. Sivarasa

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Xavier Jayakumar didakwa tidak akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan siasatan terpilih.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa yang kecewa dengan tindakan rakannya itu percaya, langkah Xavier itu dorong oleh siasatan SPRM yang membabitkan beberapa rakan dan kakitangan kementerian yang pernah diterajui Ahli Parlimen Kuala Langat itu.

”Sudah jelas bagi semua pihak bahawa Dr Xavier tidak akan melakukan ini jika tidak kerana siasatan selektif yang dimulakan oleh SPRM yang bertujuan untuk menakut-nakutkannya sehingga kini beberapa rakannya dan bekas kakitangan kementerian telah ditangkap dan direman oleh SPRM,” katanya.

Artikel berkaitan: Xavier keluar PKR jadi wakil rakyat bebas sokong PN

PKR akan buat kenyataan isu Xavier keluar parti

Apa maksud Xavier sudah menyerah kalah?- Abdullah

Xavier akui dia jadi sasaran siasatan pihak berkuasa, dakwa Saifuddin

Menurutnya, Xavier adalah salah seorang anggota pengasas PKR pada tahun 1999 dan telah banyak berkorban dan menyumbang kepada parti.

Lantaran itu, Sivarasa meminta kerajaan PN berhenti menyalahguna agensi-agensi penguatkuasaan seperti SPRM melalui siasatan terpilih untuk memberi tekanan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk melompat parti. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. SPRM teruskan sisatan tanpa mengira siapa!

    Jangan juga lupa siasat TUYUL2 BUTAK yang dilepaskan Pakatan Hancing semasa berkuasa dahulu, mereka telah menjahanamkan ekonomi negara, dari yang terbaik menjadi yang terburuk?

    Teruskan siasatan!

Comments are closed.