penjara
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang terlibat dengan kes bunuh di Bangsar, di sini, pagi semalam telah ditahan polis.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditangkap pada jam 3.30 petang hasil serbuan di Jalan 11 Selayang Baru Batu Caves, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar.

Polis turut merampas sebuah telefon.

Menurutnya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya.

Susulan penahanan suspek, polis telah diberikan maklumat tentang lokasi suspek lain yang masih bebas.

Namun, serbuan di rumah-rumah lain, dipercayai suspek berkenaan telah melarikan diri.

Anuar berkata, suspek yang ditahan itu akan direman sehingga 20 Mac ini untuk disiasat di bawah Seksyen 302 dan Sekyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang daripada dua lelaki yang dalam perjalanan pulang dari sebuah pub mati ditoreh dengan pisau dan ditikam menggunakan botol arak di Jalan Telawi, Bangsar.

Seorang lagi mangsa cedera parah selepas diserang sekumpulan suspek.

Kejadian yang tular di media sosial itu  berlaku di sebuah premis pusat hiburan di Jalan Telawi 2, Bangsar Village sekitar jam 12.01 pagi semalam. – MalaysiaGazette

Kes gaduh Bangsar, lelaki mati ditikam guna botol arak