Indonesa menangguhkan penggunaan Astrazeneca sementara menunggu laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
SYDNEY – Australia tidak mempunyai rancangan untuk menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 ketika beberapa negara Eropah berhenti memberi vaksin ini  setelah laporan berlaku kesan sampingan.
Ketua Perbendaharaannya, Josh Frydenberg berkata, keputusan itu dibuat selepas pengawas selia ubat-ubatan Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa vaksin AstraZeneca berkesan dan selamat digunakan.
“Jadi kami akan terus menggunakan vaksin AstraZeneca,” kata Frydenberg kepada Sky News.
Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugal dan Cyprus bergabung dengan beberapa negara Eropah yang lain telah menangguhkan vaksinasi yang menggunakan vaksin  AstraZeneca setelah laporan berlaku pembekuan darah dan platelet darah yang rendah.
WHO menegaskan tidak ada kematian yang didokumentasikan berkaitan dengan vaksin Covid-19  ini, lantaran itu meminta orang ramai tidak panik.
Majoriti 25 juta orang Australia akan diinokulasi dengan vaksin AstraZeneca dan pihak berkuasa telah memperoleh hampir 54 juta dos, dengan 50 juta akan dihasilkan secara tempatan mulai akhir bulan Mac.
Australia memulakan program imunisasi di seluruh negara bulan lalu, lebih lewat daripada banyak negara lai  dan memulakan vaksinasi pertama menggunakan vaksin AstraZeneca minggu lalu.
Kerajaan merancang untuk meningkatkan vaksinasi kebangsaan sehingga sejuta seminggu pada awal April apabila vaksin AstraZeneca yang dihasilkan secara tempatan tersedia.
Australia melaporkan sebanyak 29,100 kes Covid-19 dengan 909 kes kematian. – MalaysiaGazette