Gambar Hiasan. foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menubuhkan beberapa Pasukan Khas untuk menjadi suara semak dan imbang barkaitan perkhidmatan kerajaan bagi pihak rakyat.

Setiausaha Eksekutifnya, Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata,
Pasukan Khas itu akan dianggotai pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat.

“Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021, bersetuju untuk BN terus menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pasukan Khas Pendidikan akan diketuai Datuk Seri Mahdzir Khalid manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan menerajui Pasukan Khas Ekonomi.

Selain itu, Datuk Seri Azalina Othman Said akan mengetuai Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan, Pasukan Khas Perpaduan Nasional akan dipimpin Mosinal @ Richard Kastum manakla Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 ialah Datuk Sivarraajh a/l Chandran. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Semak dulu parlimen gagal hapus dasar apartheid DEB 30% untuk majoriti pribumi Melayu supaya bukan pribumi meraih 70% ekonomi. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas PBB tak boleh diharap.

Comments are closed.