Datuk Dira Abu Zahar.

KUALA LUMPUR –  Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dira Abu Zahar mengakui terpaksa berdiam diri bagi memastikan tiada perpecahan berlaku dalam parti.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah berkata, pada masa sama beliau juga perlu menjaga hati ramai orang agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan ketika ini.

“Demi mempastikan tiada lagi perpecahan di dalam parti keramat ini. Banyak yang Saya terpaksa kunci mulut demi tidak melukai ramai orang dan banyak pihak,” tulis di Twitter miliknya hari ini.

Kenyataan Dira itu mungkin ada kaitan dengan kekecohan dalam UMNO selepas presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada menyatakan ada dua ahli MT parti itu dikenal pasti menjadi dalang membocorkan rahsia mesyuarat parti.

Sebelum aktif dalam bidang politik, Dira merupakan pelakon dan pengarah yang dikenali ramai.

Beliau menyertai Pergerakan Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai exco pada tahun 2015.

Dira kini juga merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin.

Pada Jun 2018, anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Isnin itu telah memenangi Ahli MT UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast