Antara menu kambing bakar yang terdapat di bufet ramadan di Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Ramadan tahun lalu, umat Islam menyambut bulan yang mulia dan penuh berkat itu dalam situasi yang cukup berbeza.

Ia sesuatu yang kita tidak pernah alami selama ini. Tiada solat Tarawih di masjid dan surau, tiada Bazar Ramadan malah kita juga tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang.

Malah, idea awal mengadakan E-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu serta ‘bungkus dan ambil’ makanan juga tidak dibenarkan.

Antara menu Sup Gear Box yang terdapat di bufet ramadan di Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2021.

Bukan itu sahaja, PKP yang memasuki fasa ketiga bermula 15 April hingga 28 April tahun lalu juga tidak membenarkan kita untuk menikmati juadah bufet Ramadan di hotel dan berbuka puasa beramai-ramai di mana-mana restoran dan hotel kegemaran.

Namun Ramadan yang bakal menjelma pertengahan bulan depan pastinya dinantikan peminat buffet Ramadan selepas kerajaan membenarkan operasinya walaupun dalam Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Mengambil peluang tersebut adalah Espira Sri Petaling yang memperkenalkan tema Ayuh Berbuka! di Dine Coffee House  yang berkonsepkan makanan ala kampung dalam suasana norma yang baharu.

Antara menu ikan patin tempoyak Pahang yang terdapat di bufet ramadan di Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2021.

Menurut Penolong Pengurus Eksekutif, Espira Sri Petaling, Mohd. Nizamri Md Yusoff @ Ghani, norma baharu tidak menghalang pihaknya untuk mengembalikan semula suasana berbuka puasa yang dirindu ramai pengunjung.

“Lebih 60 pilihan masakan kampung terbaik sepanjang zaman disediakan yang terdiri daripada pembuka selera, hidangan utama, ikan bakar, pencuci mulut dan banyak lagi yang akan memenuhi selera pengunjung

“Mereka juga dapat menikmati pelbagai hidangan ala kampung antaranya Daging Palembang, Sup Gear Box, Pucuk Ubi Masak Lemak Udang, Kambing Gulai Kawah, Ayam Percik Berempah, Ikan Patin Tempoyak Pahang, Mee Rebus dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi Previu Ramadan di sini semalam.

Penolong Pengurus Eksekutif Espira Sri Petaling, Mhd Nizamri Md Yusoff bercakap kepada media ketika di jemputan para media mengenai tawaran bufet Ramadan bertemakan ‘Ayuh Berbuka!’ dengan hidangan tradisional melayu berkonsepkan ala kampung ketika di Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2021.

Mohd. Nizamri menambah, bagi menambah kemeriahan, terdapat juga gerai-gerai di sepanjang koridor hotel yang menawarkan masakan secara langsung buat pengunjung.

Jelas beliau, antara menu tersebut adalah ikanan bakar, kambing panggang, mi goreng dan apam balik.

Tidak dilupakan katanya, ais krim goyang, air batu campur atau ABC dan cendol selain pelbagai jenis pencuci mulut termasuk kuih muih tradisional Melayu.

Antara menu pencuci mulut kuih muih yang terdapat di bufet ramadan di Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2021.

“Pakej bufet Ramadan ini berharga RM69 bagi dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak. Untuk tawaran istimewa bagi pelanggan yang dihargai, kami menawarkan dua baucar dengan harga RM100 sahaja yang  dijual mulai 15 Mac lalu sehingga 11 Mei ini,” katanya.

Mohd. Nizamri memberitahu, bagi mematuhi norma baharu, pihak hotel hanya membuka kapasiti seramai 80 pengunjung sehari.

Tambah beliau, mereka perlu berdaftar dengan aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk.

Antara menu mee rebus yang terdapat di bufet ramadan di Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2021.

“Pihak hotel juga menyediakan sarung tangan untuk para tetamu di meja-meja bufet. Bukan itu sahaja, para pelayan kami akan sentiasa memakai pelitup muka dan sarung tangan semasa menyediakan bufet dan melayan pelanggan.

“Untuk melengkapkan pakej bufet Ramadan ini, hotel juga menyediakan kemudahan ruangan solat untuk pelanggan Muslim dan tempat letak kenderaan bagi para tetamu,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang berminat membeli pakej buffet Ramadan di Espira Sri Petaling boleh menghubungi talian 03-9058 2323 atau 013-913 6174.

Dalam pada itu, Espira Sri Petaling yang sebelum ini dikenali Hotel Sri Petaling mempunyai 168 bilik dan diuruskan oleh Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd.  (AHR)

Ia terletak bersebelahan Pusat Komersial Sri Petaling dan hanya 20 minit perjalanan ke bandaraya Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya MEX.

Espira Sri Petaling turut menawarkan pilihan penginapan dan bilik seminar atau mesyuarat sesuai bagi ahli perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh melayari www.attanahotels.com yang dikendalikan AHR di mana sebuah syarikat pengurusan hospitaliti yang menguruskan kesemua hotel, resort & kelab golf milik Permodalan Nasional Berhad (PNB). – MalaysiaGazette

Antara menu pencuci mulut kuih muih yang terdapat di bufet ramadan di Espira Sri Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2021.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast