Bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang cuba memudaratkan dirinya dengan cara membuka injap tong gas petroleum cair (LPG) dalam kejadian di rumahnya di Flat Padang Tembak, Ayer Itam hari ini.

GEORGE TOWN – Bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang cuba memudaratkan dirinya dengan cara membuka injap tong gas petroleum cair (LPG) dalam kejadian di rumahnya di Flat Padang Tembak, Ayer Itam hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan pada pukul 9.38 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dikerahkan ke lokasi.

“Kita terima maklumat daripada orang awam mengatakan ada bau gas dari rumah jirannya dan injap gas telah ditutup oleh pemanggil.

Mangsa ditemui dalam keadaan separa sedar.

“Sebaik tiba kita dapati ada seorang wanita berusia 77 tahun berada dalam keadaan separa sedar di dalam bilik unit kediaman terbabit.

“Kita buat tindakan pengudaraan (ventilation) di seluruh rumah tersebut bagi menghilangkan bau gas LPG itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wanita warga emas itu dipercayai membuka injap gas LPG untuk bunuh diri.

Tambah jurucakap itu, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi rawatan lanjut.

Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa cuba bunuh diri namun siasatan diserahkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.13 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast