KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengalami cedera ringan apabila kaki kirinya terseliuh.
Menurut Tuanku Permaisuri, baginda cedera selepas terjatuh ke lubang ketika bermain golf pada pagi tadi.
Baginda turut memaklumkan bakal membuat imbasan magnetik resonan (MRI) pada Selasa depan.
“Pagi tadi saya main golf, tak perasan lobang sprinkler dan saya jatuh/terseliuh kaki kiri saya ….. Alhamdulillah hanya bengkak .. hari Selasa saya akan buat MRI,” tulis baginda menerusi akaun Instagram airtangan_tunkuazizah.
Menerusi hantarannya, Raja Permaisuri turut mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakannya.
“Terima kasih kerana ramai yang mendoakan. Nak sangat jadi golf champion!!! Syukur ankle tak patah hanya sakit bisa sahaja,” kata Tunku Azizah Aminah.-MalaysiaGazette