KUALA LUMPUR – Kesemua 12 Ketua UMNO Bahagian Kelantan sebulat suara memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Akhbar Salim berkata, keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat badan itu yang dihadiri kesemua ketua UMNO, melainkan Bahagian Tanah Merah yang digantung.
“UMNO Negeri Kelantan terus mendokong institusi kepresidenan dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti yang dipilih secara demokrasi.
“Keputusan hubungan dan kerjasama dengan parti PPBM sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mesyuarat badan itu juga meminta Pas membuat keputusan yang jelas dan segera sama ada bersama UMNO atau bersama PPBM pada PRU15.
Sementara itu, pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang dihantar kepada presiden adalah kes terpencil, ujarnya.
“Ini kerana ia tidak melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. UMNO Kelantan tetap dan terus bersolidariti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Muafakat kepala bana… Perpaduan isley taik kucing