BRISTOL – Keadaan kecoh dan tegang sehingga memaksa pihak polis bertindak membuat tangkapan selepas protes bertukar menjadi ganas apabila ada penunjuk perasaan membaling objek berbahaya ke arah pihak berkuasa.

Agensi melaporkan para peserta mula bertindak membaling botol kaca serta telur ke arah anggota polis bertugas.

Malah laporan itu disahkan sendiri oleh polis Avon dan Somerset sambil mendedahkan ada juga bertindak menarik perisai pihak polis semasa laser dihala ke muka mereka.

“Kita tidak akan berkompromi dengan tindak tanduk seperti ini,” tulisnya dalam Twitter hari ini.

Keganasan itu meletus apabila ratusan penunjuk perasaan berkumpul di sebuah balai polis bagi membantah “Rang Undang-Undang Polis dan Jenayah” yang akan dipinda bagi memberi polis lebih kuasa bagi menghentikan protes dan demonstrasi.

Malah pererta dalam jumlah ribuan itu sudah tidak peduli lagi perintah kawalan pencegahan Covid-19 untuk menentang undang-undang baru ini.

Perhimpunan besar-besaran kini dilarang di England di bawah perintah sekatan Covid-19.

Sabtu lalu, satu demonstrasi anti perintah sekatan di London yang menarik ribuan penunjuk perasaan juga menyebabkan beberapa anggota polis cedera dan sekurang-kurangnya 36 orang ditangkap. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast