Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah terbukti mampu mengembalikan kestabilan, keharmonian dan manfaat ekonomi serta sosial kepada rakyat di negara ini, kata Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, ini kerana BN telah meninggalkan legasi kepada negara dengan kekayaan dan dasar strategik yang terbaik selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Jelas beliau, antara legasi itu ada 11 buah projek di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bakal menyumbang RM1.129 bilion pulangan negara kasar menjelang tahun lalu serta menarik pelaburan seban­yak RM6.68 bilion.

“Selain itu, Kerajaan BN berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014 dan hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM42 bilion pada tahun 2016 yang kemudiannya telah dijarah Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Pada masa sama, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kemudian perlaksanaannya juga telah dihuru-harakan PH dan kemudian Perikatan Nasional (PN),” katanya di hantaran Facebook miliknya.
Najmil Faiz menambah, Kerajaan BN juga telah membina dan menaik taraf 6,042 kilometer jalan raya luar bandar, menyediakan akses bekalan air bersih kepada lebih 350,000 buah rumah, 153,000 rumah di kawasan luar bandar
Menurunya, bagi keselamatan rakyat pula iaitu Pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah, Indeks Jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 47 peratus.
Malah katanya, program mega seperti Rapid Pengerang telah berjaya menaiktaraf kehidupan penduduk di luar bandar dan sekali gus memacu ekonomi negara.
“Di bawah agensi seperti Felcra, kerajaan melancarkan Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk golongan belia manakala Program 1Azam dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan B40 bagi menceburi bidang perniagaan.
“Nasib pelajar dan mahasiswa juga dibela ketika zaman BN melalui pemberian baucar buku 1Malaysia, biasiswa MyBrain15 dan pengecualian bayaran PTPN bagi mereka yang mendapat ijazah kelas pertama,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mamat ni bru klur gua kot… Hutang oii hutanggg yg rkyt marhaen dpt.. BN is Bazir Negara ko tahuuu!!!!

  2. Ha ha ha…tu je laaa modal si Amno .Dah kau jadi kerajaan, WAJIBLAH kau buat semua ni utk rakyat kau.NGOK betul laaa..

Comments are closed.