Foto Instagram Eizlan Yusof.

KUALA LUMPUR – Ramadan pertama semalam bertambah bermakna buat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Eizlan Yusof dengan kehadiran cahaya mata keempat

Berita gembira itu dikongsi Eizlan, 49, dalam laman Instagram (IG) menerusi video singkat yang dikongsinya.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Datin Seri Natasha Rosa Boudville, Eizlan memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak perempuan di Hospital UMRA, Shah Alam.

Bayi seberat 2.98 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan itu dinamakan Baby ZR buat sementara waktu.

Eizlan mendirikan rumah tangga kali kedua pada 12 Disember 2019. – MalaysiaGazette