The Pearl Kuala Lumpur menawarkan kepelbagaian menu istimewa menerusi lebih 100 juadah dan hidangan menarik sepanjang Ramadan ini.

KUALA LUMPUR – The Pearl Kuala Lumpur menganjurkan solat Tarawih setiap malam sepanjang Ramadan bagi membolehkan para tetamu Muslim menunaikan ibadah itu dalam suasana selesa.

Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Nora Ismail berkata, tetamu yang hadir menikmati bufet Ramadan di hotel itu untuk berbuka puasa tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk keluar jauh mencari masjid atau surau untuk menunaikan solat jemaah mereka.

Jelas beliau, hotel itu menyediakan surau sementara dengan bahagian lelaki dan wanita yang berasingan di tingkat tujuh.

“Pihak hotel juga menyediakan ustaz yang bertauliah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam sepanjang Ramadan ini.

“The Pearl Kuala Lumpur telah menggunakan bilik mesyuarat untuk dijadikan surau sementara yang mengikut Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menu kambing golek menanti tetamu.

Mengulas lanjut, Nora berkata, sempena Ramadan ini, The Pearl Kuala Lumpur menjemput semua rakyat Malaysia datang berbuka puasa di Dewan Phoenix di Tingkat 5 bermula 15 April hingga 9 Mei depan.

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, hotel bertaraf empat bintang itu menawarkan kepelbagaian menu istimewa menerusi lebih 100 juadah dan hidangan menarik.

Menurunya, seperti kebiasaan, pihak hotel akan membawa kumpulan Ghazal sebagai hiburan dan pelengkap kepada hidangan konsep kemelayuan baharu.

“Untuk menu iftar tahun ini, kami menyediakan pelbagai pilihan makanan khususnya sajian tradisional dengan lebih 100 menu kepada tetamu.

“Bufet Ramadan ini menyediakan pelbagai gerai makanan menarik termasuk kambing golek, sup gear box, makanan laut shell out selain nasi beriani dan sate,” katanya.

Sementara itu, harga bufet Ramadan bermula RM98 bagi dewasa dan RM48 harga kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, orang boleh menghubungi talian +60163318420. – MalaysiaGazette

Harga bufet Ramadan bermula RM98 bagi dewasa dan RM48 harga kanak-kanak di The Pearl Kuala Lumpur.