Dua pengawal peribadi mengalami kecederaan di badan selepas dipukul oleh majikannya kerana berpuasa.

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa diminta jangan berkompromi dengan lelaki atau majikan yang memukul dan mengugut bunuh dua pengawal peribadinya kerana berpuasa.

Sebaliknya, hukuman paling berat mesti dikenakan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Menurut beliau, lelaki itu telah menghina agama Islam dan Allah.

Katanya, lelaki itu bukan Islam tetapi memaksa orang Islam jangan berpuasa, selain memukul dan mencederakan serta mengacukan pistol kepada mangsa.

Dakwa Mohd Puad lagi, walaupun lelaki itu gengster, jangan fikir dia boleh buat apa sahaja.

Artikel berkaitan:Dua ‘bodyguard’ dibelasah, diugut bunuh kerana berpuasa

Belasah ‘bodyguard’: Empat suspek ditahan di Klang

Belasah ‘bodyguard’ sebab puasa: Aktiviti haram majikan terbongkar, 100kg emas dirampas

Polis Selangor Rampas Rotan, Bongkar Aktiviti Haram Majikan ‘Bodyguard’

”Apakah dia akan meminta maaf jika kedua-dua mangsa tidak berani membuat aduan polis dan menjadi viral?

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zakarshi

”Diharap ada pihak yang prihatin mengambil kedua mangsa tersebut bekerja di syarikat mereka sempena Ramadan ini. Semoga keberanian mereka mempertahankan agama dibalas dengan rezeki yang murah dan iman yang bertambah,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, lelaki itu membuat permohonan maaf kepada umat Islam.

Lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf ketika diiringi dan diapit oleh dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.

“Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dalam bahasa Mandarin.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terlajak kapal pun blh reverse.. tapi kerana mulut binasa la ko.. ingat ko byk reta ko blh wat n cakap apa ko suka.. sial.. mintak maaf pun cakap cxxa.. pas ni ko taula langit tinggi rendah..

  2. Baka buruh warga asing juga talibarut pengganas PKM disanjung hormat sebagai warganegara tempatan kini majikan selepas sekian lama dibiayai Tanah Besar China kini larang ibadah puasa sambil tindas Uyghur. Tengok negara kecil DR ratifikasi ICERD tetapi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.