Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP di tiga daerah itu dikenakan selama lapan hari bermula esok hingga 29 April depan.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tiga jajahan/daerah di negeri Kelantan seperti yang dinyatakan bermula 22 April hingga 29 April ini.

“Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, KKM sebelum ini melaporkan terdapat peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus dalam tempoh 14 hari lalu dan daripada 18 kes kepada 112 kes dan ketiga-tiga daerah itu bertukar kepada zon merah.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKP di tujuh daerah di Kelantan selama dua minggu, bermula Jumaat lalu.

PKP di Kelantan membabitkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast