KUALA LUMPUR – Parti Makkal Sakthi mempersoalkan tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador membangkitkan pelbagai isu rasuah yang juga dikaitkan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden Makkal Sakthi, Datuk RS Thanenthiran mempersoalkan mengapa kini baru sekarang Abdul Hamid bersuara walhal ia telah lama berlaaku.

“Terang lagi bersuluh tuan KPN, pelbagai jenis tuduhan serta dakwaan terus menjadi persoalan rakyat selama ini. Rasuah dan budaya lompat ‘katak’ yang lantang disuarakan oleh Abdul Hamid bukanlah satu pendedahan baharu sebenarnya.

“Malah ianya sudah menyebabkan rakyat muak dan kecewa apatah lagi dengan cengkaman krisis ekonomi dan kesihatan melanda negara, segelintir ahli politik pula bermaharajalela,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, apa yang disebut Abdul Hamid walaupun sudah terlambat namun adalah serius yang mana mereka yang terlibat dengan tuduhan itu boleh terlepas, malah ada yang ditawar jawatan.

“Isu lompat melompat parti usah cakaplah. Rakyat sendiri menyaksikan bagaimana sesetengah pemimpin berdepan dengan ugutan, ditekan sana sini dengan pelbagai kes mahkamah.

“Kononnya ada perubahan di zaman PN tapi lihatlah sendiri, apa yang keluar dari mulut seorang pemimpin yang menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedia maklum tentang pelbagai perkara yang umum hendakkan penjelasan,” katanya.

Rasuah dan katak politik: Dakwaan KPN serius walau agak terlambat – Dr. Asyraf

Semalam, Abdul Hamid dalam sidang media sebelum persaraannya, mengakui kurang senang dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan PDRM.

Malah beliau mengakui hubungannya dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memang tidak harmoni.

Kata Thanenthiran, beliau tidak berminat untuk menggesa mana-mana pihak untuk menyiasat tentang pendedahan Abdul Hamid ini kerana perbuatan itu umpama mencurah air ke daun keladi.

“Sia-sia sahaja. Yang pegang kuasa mutlak ini bebas buat apa sahaja pada masa ini. Rakyat hanya mampu memerhati ketika ini tetapi kelak pastinya menghukum kerajaan yang kononnya menjaga rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

Takkan ‘katak’ nak siasat ‘katak’ – Shahrir Samad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast