Ghazali Omar

KUALA LUMPUR – Profesor Dr Ghazali Omar dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baharu.

Pelantikan itu berkuatkuasa untuk tempoh tiga tahun bermula dari 19 April 2021
hingga 18 April 2024.

Ghazali menggantikan Prof Dr Zulkifilie Ibrahim yang telah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian pada 1989 dari Victoria University of Technology, Melbourne, Australia dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Ijazah Sarjana Teknologi (Sains Bahan) pada tahun 1995 dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Fizik dari Universiti Malaya pada tahun 2004.

Ghazali memulakan kerjaya di UTeM sebagai Profesor di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2015 dan pada masa yang sama turut dilantik sebagai Pengurus Centre of Excellence (CoE) bagi Advanced Research on Energy (CARe) dan kemudiannya dilantik pula sebagai Pengarah bagi Pusat Pembuatan Termaju (AMC), UTeM pada Julai 2020. – MalaysiaGazette