Inter Milan juara Serie A Itali 2020/21

ROM – Inter Milan dinobatkan sebagai juara Serie A musim 2020/21 dengan berbaki empat perlawanan selepas pesaingnya Atalanta sekadar seri ketika bertemu Sassuolo semalam.

Milan mengungguli liga dengan perbezaan 13 mata daripada pesaing terdekat, Atalanta.

Pada musim lalu, Inter Milan menamatkan liga di tempat kedua di belakang Juventus dengan perbezaan satu mata.

Pasukan bimbingan Antanio Conte itumenamatkan dominasi the Old Lady yang menjuarai liga selama sembilan musim berturut-turut.

Kali terakhir Inter menjuarai liga pada 2010 ketika di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Ia merupakan koleksi Serie A keempat untuk Conte selepas Juventus yang dibimbingnya menjuarai liga pada 2011 hingga 2013.- MalaysiaGazette