KUALA LUMPUR – Pelanggan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah secara dalam talian dengan lebih mudah bersama Lazada menerusi aplikasi telefon mudah alih lebuh raya iaitu Aplikasi PLUS.

PLUS berkolaborasi bersama Lazada Malaysia, platform eDagang yang terkemuka di negara ini dengan menawarkan pengalaman berbelanja secara maya kepada pelanggan Lebuhraya PLUS dan ahli PLUSMiles melalui laman web khas yang disediakan di Aplikasi PLUS sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Aplikasi PLUS kini menampilkan ikon Lazada, yang mana pelanggan boleh menikmati tawaran pelbagai jenama, produk dan potongan harga yang istimewa.

Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew berkata, pelanggan PLUS akan menikmati tawaran dan ganjaran menarik ketika membeli-belah menerusi Aplikasi PLUS.

Melalui kerjasama ini, pengguna Aplikasi PLUS akan menikmati baucar eksklusif dari Lazada.

Pembeli baharu berpeluang menebus baucar bernilai RM14 bermula 1 Mei sehingga 31 Mei 2021, manakala, pengguna Aplikasi PLUS dan pembeli Lazada sedia ada, boleh menebus baucar sebanyak RM10 sehingga 5 Mei 2021. – MalaysiaGazette