Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menggariskan tiga perkara penting yang mesti dilakukan UMNO dalam memastikan parti itu ingin terus meraikan ulang tahunnya.
Pertama, kata Datuk Seri Mohamad Hasan, UMNO mesti dilihat secocok dengan zaman dan jangan terus terbuai dengan nostalgia silam.
“Hentilah cerita zaman gemilang sedangkan kedudukan semasa sangat bergelora dan tidak secerah dulu,” katanya dalam hantaran di laman Facebook sempena ulang tahun UMNO ke-75.
Menurut Mohamad, masa depan UMNO adalah rahsia Tuhan tetapi ikhtiar untuk melangsungkan UMNO adalah ikhtiar ahli-ahli yang menjadi pendukungnya.
Malah, katanya, dalam segala kebaikan dan kelemahan UMNO, merekalah yang menjadi karyawannya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menarik perhatian mengenai perkara kedua untuk menentukan survival UMNO iaitu para pendukung parti mesti terdiri daripada pelbagai generasi (intergenerational).

Tegas Mohamad, perubahan generasi itu nyata dan mesti diterima.

Ini kerana idea dan pemikiran politik terbaik bukan lagi diukur pada usia pengucapnya tetapi pada kualiti dan kebernasan idea tersebut.

Ketiga, katanya, nilai dan misi UMNO mesti diperjuangkan oleh mereka yang ikhlas menghidup-hidupi UMNO dan bukan mereka yang mencari penghidupan dari UMNO.
“Kepada seluruh pendukung UMNO, terima kasih kerana masih bersetia walau dalam susah dan payah UMNO kebelakangan ini.
“Insyallah dengan bekerja kuat, bersifat terbuka dengan idea dan pemikiran maju serta bersatu padu, UMNO akan pasti menjadi lebih utuh dan baik.
“Allah, bantulah kami memelihara UMNO ini dengan sebaiknya, aamiin,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Zaman gemilang umno masih berterusan seperti dasar ekonomi apartheid DEB 30% ekonomi untuk majority Melayu supaya minority bukan Melayu meraih 70% ekonomi dan umno masih tendang keluar Singapore dari Malaysia untuk bangsa Cina dari Tanah Besar China supaya Fatah setuju tendang keluar Jerusalem dari Palestine untuk bangsa Yahudi dari Israel. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas sekian lama PBB tak boleh diharap. Negara kecil DR ratifikasi ICERD tetapi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.