KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyediakan bantuan khas kepada rakyat yang terjejas berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi.

Bendahari Pemuda MIC Kebangsaan, K Kesavan berkata, antara bantuan yang boleh ditawarkan ialah moratorium pinjaman bank yang sepatutnya tidak menjadi masalah kepada institusi kewangan.

“Dalam laporan media juga menyebut bagaimana institusi kewangan telah mencatatkan keuntungan sepanjang negara berdepan dengan pandemik ini, jadi ini juga masa untuk kita bantu kita, bantulah rakyat kita.

“Boleh juga gunakan Ordinan Darurat untuk arahkan bank-bank kita untuk berikan moratorium itu, sekurang-kurangnya enam bulan,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari.

Menurut Kesavan, selain itu kerajaan juga boleh menawarkan bantuan lain seperti i-Lestari 2.0 selain memudahkan pengeluaran i-Sinar.

“Jangan lupa juga, kerajaan juga bimbang seandainya pelaksanaan lockdown menyeluruh jutaan berdepan dengan kehilangan kerja, itu juga kebimbangan seandainya itu berlaku mungkin juga penyelesaian walaupun jangka pendek,” ujarnya.

Kesavan juga memohon supaya kerajaan memastikan bekalan barang keperluan harian mencukupi dan tiada kenaikan harga. – MalaysiaGazette

‘Total lockdown’ seluruh negara selama 14 hari mulai 1 Jun ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast